Selasa, 18 Februari 2020 | 1:34pm
Jenazah Allahyarham Ashraf yang meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat sakit jantung, dijangka dikebumikan selepas Asar. Foto NSTP/Rosela Ismail
Jenazah Allahyarham Ashraf yang meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat sakit jantung, dijangka dikebumikan selepas Asar. Foto NSTP/Rosela Ismail

Jenazah Allahyarham Ashraf dijangka dikebumi selepas Asar

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Ashraf Sinclair dilaporkan sudah dibawa ke rumah duka atau rumah mayat di kawasan Pejaten Barat, Pasar Minggu, sejak jam 7.33 pagi tadi waktu tempatan, iaitu 8.33 pagi waktu Malaysia.

Mengikut laporan, jenazah dijangka dikebumikan selepas Asar, petang ini.

Ashraf yang menghembuskan nafas terakhir pada jam jam 4.15 pagi tadi waktu tempatan (5.15 pagi waktu Malaysia) akibat serangan jantung, dijangka dikebumikan di San Diego Hills, Memorial Park, Karawang.

Bagaimanapun, Doddy iaitu pengurus isteri arwah, Bunga Citra Lestari, memberitahu, keluarga penyanyi itu masih berbincang mengenai lokasi pengebumian. Namun, San Diego Hills menjadi salah satu lokasi pilihan.

“Iya itu (San Diego Hills) adalah salah satu pilihan,” kata Doddy yang dipetik KOMPAS.com.

Sementara itu, keluarga Ashraf difahamkan masih dalam perjalanan ke Jakarta.

Ditanya mengenai keadaan kesihatan pelakon itu, Doddy memberitahu, Ashraf tidak ada sejarah sakit jantung, malah, aktor itu dikatakan paling sihat berbanding anggota keluarga yang lain. - AGENSI

Berita Harian X