Isnin, 23 March 2020 | 11:00am
Afgan antara penyanyi yang akan membuat persembahan pada konsert virtual hasil inisiatif artis Indonesia sebagai tanda keprihatinan terhadap rakyat yang berhadapan ancaman COVID-19. Foto NSTP/Aziah Azmee
Afgan antara penyanyi yang akan membuat persembahan pada konsert virtual hasil inisiatif artis Indonesia sebagai tanda keprihatinan terhadap rakyat yang berhadapan ancaman COVID-19. Foto NSTP/Aziah Azmee

COVID-19 : Artis Indonesia strim konsert dari rumah

KUALA LUMPUR: Prihatin dengan rakyat yang terkesan dengan penularan COVID-19, sekumpulan artis Indonesia sepakat menjayakan Konser Muzik #dirumahaja yang bakal dipancarkan secara penstriman selama empat hari, mulai lusa.

Dalam projek itu, setiap artis akan membuat persembahan dari kediaman masing-masing secara bergilir-gilir, menjadikan inisiatif itu sebagai konsert virtual.

Antara nama besar yang dikatakan terbabit dalam projek itu adalah Achmad Albar yang juga anggota kumpulan rock terkenal, God Bless; Anggun; Armand Maulana; Ari Lasso; Afgan; Ariel dan Rossa.

Artis lain yang turut membuat persembahan adalah Tulus, Raisa, Tompi, Glenn Fredly, Yuni Shara dan Kunto Aji.

Video ‘teaser’ atau promosi awal konsert itu dimuat naik di Instagram (IG) pengacara terkenal, Najwa Shihab yang bertanggungjawab mencetuskan idea menganjurkan acara itu.

“Kerjasama ini adalah tanda sokongan terhadap teman-teman di luar demi menjaga kita dan Indonesia,” katanya.

Melalui video berdurasi tiga minit itu, artis bergilir-gilir menyampaikan baris demi baris lagu berjudul Rumah Kita nyanyian asal kumpulan rock terkenal, God Bless.

Jumaat lalu, Indonesia diisytiharkan darurat berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin serius.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X