Selasa, 7 Julai 2020 | 11:48pm
Emma dan suami bakal menimang cahaya mata sulung, November depan. - Foto ihsan Instagram Emma Maembong
Emma dan suami bakal menimang cahaya mata sulung, November depan. - Foto ihsan Instagram Emma Maembong

Emma Maembong hamil empat bulan

KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Maembong yang sedang berbulan madu bersama suami di Langkawi, mengesahkan dirinya hamil empat bulan.

Emma yang bernikah dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu, berkongsi berita gembira itu di Instagram, kira-kira sejam lalu.

Melalui kapsyen, Emma menyatakan bulan madu itu dianggap percutian terakhir bersama suami kerana selepas ini mereka bakal ditemani anak.

Foto dikongsi turut menampakkan 'baby bump' pada bahagian perut Emma.

Emma dan suami ketika ini sedang menikmati bulan madu di Langkawi. - Foto ihsan Instagram Emma Maembong
Emma dan suami ketika ini sedang menikmati bulan madu di Langkawi. - Foto ihsan Instagram Emma Maembong

Berkongsi perasaan dengan BH Online, Emma memberitahu:

"Nikmat indah sejak bergelar isteri saat mendapat berita kehamilan ini.

"Selama ini hanya mendengar cerita begini dalam kalangan adik-beradik dan teman. Kini saya melalui fasa indah ini," katanya.

Menurut Emma, dia mengakui teruja dengan saat dinikmati sekarang.

"Insya-Allah saya tidak sabar untuk menyambut cahaya mata sulung kami.

"Suami juga gembiranya bukan kepalang," katanya.

Emma dijangka melahirkan anak sulungnya, November depan.

Berita Harian X