Jumaat, 22 Januari 2016 | 3:19pm

BCC buka galeri jualan


TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani (tengah) berbincang bersama Ketua Pegawai Eksekutif Bukit Bintang City Centre (BBCC) Development Sdn Bhd Datuk Richard Ong Kek Seng (kiri) ketika majlis Perasmian Galeri Jualan Baru di Laman BBCC hari ini. Turut hadir Pengerusi UDA Holdings Berhad Datuk Mohd Shafei Abdullah (kanan).- Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bukit Bintang City Centre (BBCC), projek ikonik baharu negara melancarkan galeri jualan, hari ini.

Pembukaan galeri jualan yang menjadi satu lagi pencapaian baharu BBCC itu dirasmikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani.

BBCC adalah Projek pembangunan bersepadu dimajukan konsortium UDA Holdings Bhd, Eco World Development Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Pegawai Eksekutif BBCC, Datuk Richard Ong, berkata rakan usaha sama (JV) melaksanakan tugas dengan baik dalam memperoleh kelulusan kerajaan bagi membangunkan tapak asal Penjara Pudu.

"Kelulusan kerajaan penting bagi memastikan galeri jualan dapat mempamerkan pelan induk BBCC bertaraf dunia kepada orang awam," katanya pada majlis perasmian itu di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi UDA Holdings, Datuk Mohd Shafei Abdullah; Pengerusi Eco World Development, Tan Sri Liew Kee Sin; dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif.

Dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM8.7 bilion, BBCC yang dimajukan di atas tanah bekas Penjara Pudu berkeluasan 7.8 hektar memiliki rangkaian perhubungan kepada hab transit yang menyediakan akses terus kepada kemudahan LRT, Monorail dan MR

Berita Harian X