Rabu, 3 Februari 2016 | 12:17am
REPLIKA dinosaur di Dinosaurs in the Jungle. - Foto Hazreen Mohamad

REPLIKA telur dinosaur yang terdapat di Dinosaurs in the Jungle. - Foto Hazreen Mohamad
REPLIKA telur dinosaur yang terdapat di Dinosaurs in the Jungle. - Foto Hazreen Mohamad
MUZIUM yang terdapat di Dinosaurs in the Jungle. - Foto Hazreen Mohamad

Pengunjung, Nurul Shakira Shamsuddin. - Foto Hazreen Mohamad
Pengunjung, Nurul Shakira Shamsuddin. - Foto Hazreen Mohamad

Tarikan dinosaur di Port Dickson

PORT DICKSON: Tempikan dinosaur yang kedengaran dalam hutan Batu 9 dekat Teluk Kemang di sini, membuat suasananya seakan-akan haiwan prasejarah itu masih wujud.

Situasi itu boleh ditemui dalam Dinosaurs in the Jungle yang menempatkan replika dinosaur bersaiz satu perempat dan satu perenam daripada saiz sebenar haiwan itu.

Lebih menarik, ada kesan tapak kaki saiz sebenar haiwan pra-sejarah terbabit pada laluan masuk ke hutan berkeluasan 200 meter persegi yang menempatkan tujuh replika dinosaur binaan gentian kaca itu.

Pengurus Dinosaurs in the Jungle, Michael Ng, berkata pada mulanya, ada beberapa replika haiwan itu ditempatkan di Taman Burung Unta Port Dickson, yang terletak hanya bersebelahan kawasan itu.

REPLIKA dinosaur di Don Hu Jurassic Park Garden (Don Hu) di Jalan Pintasan Muar. - Foto Samadi Ahmad
REPLIKA dinosaur di Don Hu Jurassic Park Garden (Don Hu) di Jalan Pintasan Muar. - Foto Samadi Ahmad

Katanya, melihatkan sambutan ramai pengunjung gemar bergambar bersama replika berkenaan, memberi idea kepada beliau untuk membina sebuah taman yang hanya menempatkan replika dinosaur sebagai tarikan.

"Tiga tahun lalu, selepas menemui lokasi yang sesuai, replika haiwan itu mula dibina menggunakan tangan dan siap sepenuhnya beberapa bulan kemudian, manakala bagi mendapatkan bunyi seperti tempikan dan ngauman sebenar, kami menggunakan sistem pembesar suara.

"Mengenai konsep yang digunakan iaitu di dalam hutan, ia diambil sempena filem Jurassic Park. Ini bertujuan membuatkan pengunjung merasakan seperti berada di zaman dahulu ketika haiwan ini masih wujud," katanya.

Ng berkata, selain berpeluang bergambar dengan replika terdiri daripada beberapa spesies termasuk Phuwiangosaurus, Achelousaurus, Marchosaurus, Drinker dan Tyrannosaurus, papan tanda di pasang pada setiap replika untuk menceritakan sejarah haiwan itu.

PENGUNJUNG tertarik dengan replika dinosaur yang terdapat di Don Hu Jurassic Park Garden (Don Hu). - Foto Samadi Ahmad
PENGUNJUNG tertarik dengan replika dinosaur yang terdapat di Don Hu Jurassic Park Garden (Don Hu). - Foto Samadi Ahmad

DATUK Heng Keng Seng menunjukkan replika dinosaur yang terdapat di Don Hu Jurassic Park Garden (Don Hu). - Foto Samadi Ahmad
DATUK Heng Keng Seng menunjukkan replika dinosaur yang terdapat di Don Hu Jurassic Park Garden (Don Hu). - Foto Samadi Ahmad

Selain itu katanya, sepanjang pengunjung melawat hutan itu, seorang kakitangan akan turut serta bagi memberikan penerangan yang lebih lanjut.

"Pengunjung juga berpeluang bergambar dengan semua replika yang ada di sini, serta memanjat beberapa model haiwan yang mampu menampung berat sehingga 100 kilogram," katanya.

Katanya, ramai pengunjung di taman itu yang terdiri daripada murid sekolah dan mereka turut melakukan pelbagai aktiviti sampingan yang disediakan.

"Antara aktiviti yang diadakan adalah kuiz sepanjang melawat taman ini serta lawatan pada waktu malam yang memberikan pengalaman baharu kepada murid," katanya.

PENGUNJUNG bergambar dengan replika dinosaur di Dinosaurs in the Jungle. - Foto Hazreen Mohamad
PENGUNJUNG bergambar dengan replika dinosaur di Dinosaurs in the Jungle. - Foto Hazreen Mohamad

RUANG pameran pelbagai bentuk batu kristal yang diimport dari luar negara yang terdapat di Don Hu Jurassic Park Garden (Don Hu). - Foto Samadi Ahmad
RUANG pameran pelbagai bentuk batu kristal yang diimport dari luar negara yang terdapat di Don Hu Jurassic Park Garden (Don Hu). - Foto Samadi Ahmad

Ng yang dibantu 10 kakitangan, berkata pihaknya berhasrat menambah jumlah replika bagi memberikan lebih tarikan kepada pengunjung.

Selain Dinosaurs in the Jungle, katanya, di kawasan sama ada kafe kucing yang menempatkan kira-kira 15 ekor kucing tempatan yang diberikan Pertubuhan Kebajikan Haiwan (PAWS), muzium cengkerang laut dan Port Dickson Extreme Jungle Park.

"Port Dickson Extreme Jungle Park menawarkan pelbagai aktiviti lasak antaranya menunggang ATV (All-Terrain Vehicle), memanah dan paintball.

"Pengunjung boleh mencuba semua aktiviti yang terdapat di sini dengan harga yang berpatutan hanya di satu lokasi yang sama," katanya.

PENGURUS Dinosaurs in the Jungle, Michael Ng. - Foto Hazreen Mohamad
PENGURUS Dinosaurs in the Jungle, Michael Ng. - Foto Hazreen Mohamad

Katanya, mereka yang sukakan haiwan pula boleh mengunjungi Taman Burung Unta Port Dickson yang terletak hanya bersebelahan kawasan ini, bagi melihat dengan lebih dekat burung unta, kambing, ular, unta dan keldai. 

Sementara itu, pengunjung dari Kuala Lumpur, Wan Abdul Kadir Wan Ismail, 48, berkata dia tidak tahu kewujudan Dinosaurs in the Jungle yang dipenuhi dengan pelbagai binaan model dinosaur itu.

Katanya, dia datang bersama keluarganya untuk berehat di daerah itu selama tiga hari dan terus singgah apabila ternampak taman berkenaan.

"Tempat seperti ini amat bagus untuk pembelajaran kanak-kanak apabila mereka berpeluang mengenali spesies dinosaur yang pernah wujud di dunia ini.

PENGUNJUNG dari Kuala Lumpur, Wan Abdul Kadir Wan Ismail. - Foto Hazreen Mohamad
PENGUNJUNG dari Kuala Lumpur, Wan Abdul Kadir Wan Ismail. - Foto Hazreen Mohamad

"Saya berharap lebih banyak replika dinosaur akan ditempatkan di sini pada masa akan datang bagi memberi kepuasan maksimum kepada pengunjung," katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (KGV) Seremban, Nurul Shakira Shamsuddin, 19, berkata dia hanya mengetahui mengenai lokasi itu apabila terpandang papan tanda di simpang jalan.

Dia yang datang bersama kedua ibu bapa dan adik dari Ampangan, Seremban gembira kerana berpeluang mengunjungi taman yang unik seperti itu.

"Saya akan memberitahu rakan-rakan supaya mengunjungi taman ini dan mengikuti semua aktiviti yang disediakan di sini seperti kafe kucing.

"Saya pasti datang lagi dan berharap lebih banyak penambahbaikan dibuat pada masa akan datang," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X