Jumaat, 12 Februari 2016 | 1:38pm

Saham tempatan kekal bercampur-campur

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi bercampur-campur meskipun prestasi suram pasaran serantau, kata peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) 1.19 mata lebih tinggi kepada 1,645.14 daripada penutup semalam, 1,643.95 selepas berlegar antara 1,648.70 dan 1,638.50.

Indeks utama itu dibuka 0.29 mata lebih rendah kepada 1,643.66.

Pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 447 berbanding 201, sementara 287 kaunter tidak berubah, 815 tidak didagangkan dan 15 lagi digantung.

Jumlah dagangan berada pada paras 609.20 juta saham bernilai RM669.13 juta.

Peniaga berkata, kebanyakan pasaran ekuiti Asia meneruskan kejatuhannya di tengah-tengah kebimbangan berkenaan prestasi bank Eropah.

"Meskipun tinjauan serantau yang tidak menentu, bursa tempatan secara relatif, tenang dan paras sokongan psikologi 1,600 mata kekal dipertahankan," katanya.

Bursa serantau, Indeks Nikkei Jepun 225 jatuh 4.14 peratus kepada 15,062.46 mata, Indeks Hong Kong Hang Seng merosot 0.53 peratus kepada 18,447.14 mata dan Indeks Korea Selatan Kospi jatuh 1.46 peratus kepada 1,834.30.

Di papan skor, Indeks FBM Emas naik 1.35 mata kepada 11,405.21, Indeks FBMT100 meningkat 6.52 mata kepada 11,118.68, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 6.36 mata kepada 12,188.15, Indeks FBM 70 menambah 1.93 mata kepada 12,621.25 tetapi Indeks FBM Ace jatuh 36.12 mata kepada 5,798.30.

Dari segi sektor, Indeks Perladangan meningkat 40.91 mata kepada 7,741.31, Indeks Perindustrian naik 11.39 mata kepada 3,244.33, sementara Indeks Kewangan jatuh 38.23 mata kepada 13,801.40.

Bagi saham mewah, Maybank jatuh lima sen kepada RM8.49, IHH merosot satu sen kepada RM6.49, TNB dan Petronas Chemicals, masing-masing meningkat dua sen kepada RM13.20 dan RM6.98, sementara Public Bank tidak berubah pada paras RM13.20.

Untuk kaunter aktif, APFT naik setengah sen kepada 21.5 sen, waran Gamuda meningkat 17 sen kepada 37 sen, Yen Global dan Berjaya Corporation melonjak satu sen kepada 49.5 sen dan 42 sen, sementara Tiger Synergy susut setengah sen kepada 5.5 sen. - BERNAMA

Berita Harian X