Isnin, 22 Februari 2016 | 10:38am

Ringgit rendah berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding mata wang Dolar AS, pagi ini dalam permintaan lemah terhadap unit mata wang tempatan itu, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan itu didagangkan kepada 4.2100/2170 berbanding mata wang dolar 4.2030/2100 dalam prestasinya Jumaat lalu.

Peniaga berkata, pelabur menunggu minit mesyuarat Januari Rizab Persekutuan AS, dijangka diumumkan minggu ini, yang akan memberi bayangan terhadap pertumbuhan keseluruhan ekonomi negara itu.

Mata wang tempatan itu didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang lain.

Ringgit lebih lemah berbanding Dolar Singapura, kepada 2.9943/3.0010 daripada 2.9893/9947 pada Jumaat lalu dan menurun berbanding yen kepada 3.7290/7368 berbanding 3.7168/7240.

Ringgit turut turun kepada 4.6777/6872 daripada 4.6662/6748, namun naik berbanding pound British kepada 6.0182/0299 daripada 6.0225/2342. - BERNAMA

Berita Harian X