Selasa, 15 March 2016 | 10:36am
INDEKS penanda aras FBM KLCI dibuka rendah hari ini kerana kurangnya minat belian susulan prestasi semalaman yang lemah di Wall Street, kata peniaga. - Foto hiasan
INDEKS penanda aras FBM KLCI dibuka rendah hari ini kerana kurangnya minat belian susulan prestasi semalaman yang lemah di Wall Street, kata peniaga. - Foto hiasan

FBM KLCI dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah hari ini kerana kurangnya minat belian susulan prestasi semalaman yang lemah di Wall Street, kata peniaga.

Indeks FBM KLCI dibuka 4.7 mata lebih rendah kepada 1,695.61 dan kemudian meningkat 1.01 mata kepada 1,696.62 pada jam 9.28 pagi.

Indeks penanda aras pasaran tempatan itu ditutup 3.77 mata lebih tinggi kepada 1,700.31 semalam disokong belian yang kukuh dalam saham mewah terpilih.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 187 berbanding 144 dengan 214 kaunter tidak berubah.

Jumlah dagangan harian berada pada paras 166.29 juta saham bernilai RM120.27 juta.

Indeks Dow Jones Industrial Average meningkat 0.09 peratus atau 15.82 mata untuk ditutup pada 17,229.13, sementara Indeks S&P 500 jatuh 0.13 peratus atau 2.55 mata kepada 2,019.64.

Dalam kalangan saham aktif, China Automobile, SKH Consortium dan KNM Group dengan masing-masing tidak berubah pada paras enam sen. lapan sen dan 47 sen.

Sementara Comintel Corp meningkat tiga sen kepada 57.5 sen dan Palette Multimedia naik setengah sen kepada enam sen.

Di papan skor, Indeks FBM Emas jatuh 17.45 mata kepada 11,740.88 dan Indeks FBMT100 susut 18.74 mata kepada 11,448.92 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 27.14 mata kepada 12,412.4.

Indeks FBM 70 naik 1.18 mata kepada 12,931.8 dan Indeks FBM Ace meningkat 26.18 mata kepada 5,597.9.

Dari segi sektor, Indeks Perladangan meningkat 7.7 mata kepada 8,044.16 dan Indeks Kewangan naik 1.68 mata kepada 14,378.18.

Namun, Indeks Perindustrian jatuh 17.76 mata kepada 3,272.67. - BERNAMA

Berita Harian X