Khamis, 5 Mei 2016 | 7:04pm

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam kalangan saham wajaran tinggi, terutamanya saham berkaitan perkhidmatan serta kewangan dan perdagangan.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 12.49 mata atau 0.75 peratus untuk ditutup pada 1,645.09, selepas dibuka 4.53 mata lebih rendah pada 1,653.05. Ia bergerak antara 1,653.05 dan 1,641.75 sepanjang sesi dagangan.

Indeks saham pandu ditutup pada 1,657.58 pada Rabu.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 415 berbanding 332, manakala 382 kaunter tidak berubah, 574 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 1.39 bilion saham bernilai RM1.62 bilion daripada 1.69 bilion saham bernilai RM2.13 bilion semalam.

Hong Leong Investment Bank, dalam nota penyelidikan, menyatakan pelabur menumpukan kepada pengumuman data ekonomi luaran utama termasuk dari Amerika Syarikat dan China.

"Pada masa sama, pelabur meneliti berita bahawa Kementerian Kewangan mengambil alih aset terpilih 1Malaysia Development Bhd (1MDB)," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank jatuh satu sen kepada RM8.53, TNB menambah dua sen kepada RM14.10, Public Bank susut 16 sen kepada RM18.76 dan IHH Healthcare merosot lima sen kepada RM6.51.

Kalangan saham cergas, Hiap Huat dan MTouche Technology, masing-masing meraih setengah sen kepada 12 sen dan 16 sen, Vivocom turun setengah sen kepada 34 sen manakala SapuraKencana Petroleum meningkat tiga sen kepada RM1.62.

Antara kaunter paling rugi, PPB merosot 46 sen kepada RM15.64, Tasek Corporation jatuh 36 sen kepada RM15.00 manakala Lafarge, Carlsberg Brewery dan Petronas Dagangan, masing-masing susut 18 sen kepada RM8.40, RM12.42 dan RM23.56.

Indeks FBM Emas turun 68.12 mata kepada 11,486.59, Indeks FBMT100 berkurangan 72.80 mata kepada 11,179.29 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 57.04 mata kepada 12,060.35. FBM 70 turun 41.01 mata kepada 12,909.17 dan FBM Ace jatuh 6.74 mata kepada 5,649.51.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 64.97 mata kepada 14,380.34, Indeks Perusahaan turun 17.33 mata kepada 3,147.74 dan Indeks Perladangan merosot 73.09 mata kepada 7,548.13.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 949.51 juta unit bernilai RM1.55 bilion daripada 1.18 bilion unit bernilai RM2.04 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 339.10 juta unit bernilai RM55.40 juta daripada 298.66 juta unit bernilai RM64.65 juta dicatatkan pada Rabu. Waran merosot kepada 110.32 juta unit bernilai RM16.22 juta daripada 219.44 juta unit bernilai RM23.78 juta sebelum ini.

Barangan pengguna menyumbang 135.60 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (208.78 juta), pembinaan (75.21 juta), perdagangan dan perkhidmatan (338.81 juta), teknologi (56.55 juta), infrastruktur (6.82 juta), SPAC (8.78 juta), kewangan (33.25 juta), hotel (1.49 juta), hartanah (60.29 juta), perladangan (15.95 juta), perlombongan (21,500), REIT (7.87 juta) dan dana tertutup (18,300). - BERNAMA

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X