Rabu, 17 Ogos 2016 | 10:44am
RINGGIT Malaysia dibuka rendah hari ini. - Gambar hiasaan

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah pada hari ini selepas dibuka tinggi dua hari lalu susulan penurunan sedikit harga minyak mentah global yang juga menjejaskan sentimen mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 3.9930/9970 berbanding dolar AS pada penutup semalam iaitu 3.9830/9880.

Peniaga berkata, pelabur mengambil keuntungan selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini yang mencecah lima minggu tertinggi dan ketidaktentuan rancangan oleh pengeluar minyak untuk membekukan bekalan mengheret sentimen pasaran.

Mata wang tempatan juga diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura pada 2.9761/9813 daripada Selasa 2.9748/9803 dan naik berbanding yen kepada 3.9692/9743 daripada 3.9794/9856.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.2069/2149 daripada 5.1707/1788 dan merosot berbanding euro kepada 4.5033/5094 daripada 4.4888/4961. - BERNAMA

Berita Harian X