Rabu, 14 September 2016 | 11:54am

Saham tempatan dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan hari ini, kata peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) 4.34 mata lebih rendah kepada 1,672.84 berbanding 1,677.18 semalam.

Ia dibuka 2.5 mata lebih rendah kepada 1,674.68.

Peniaga berkata, terdapat sokongan belian yang lemah kerana peniaga mengambil petunjuk daripada prestasi lemah pasaran ekuiti Asia.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 127 berbanding 57, sementara 129 kaunter tidak berubah, 1,367 tidak didagangkan dan 23 lain digantung.

Jumlah dagangan berada pada paras 48.31 juta saham bernilai RM21.76 juta.

Peniaga berkata, harga minyak, yang jatuh dua peratus semalaman, juga menjejaskan pasaran ekuiti Asia.

Indeks Nikkei 225 jatuh 0.57 peratus, Indeks Hang Seng susut 0.32 peratus dan Indeks Strait Times Singapura rendah 0.26 peratus.

Dalam kalangan saham mewah, Astro naik lima sen kepada RM2.93, IHH Healthcare dan IOI Corp meningkat satu sen setiap satu kepada RM6.63 dan RM4.49, sementara Hap Seng naik dua sen kepada RM7.64.

Dalam kalangan saham rugi, Nestle merosot empat sen kepada RM79.60, UMW jatuh 17 sen kepada RM5.84, Pintaras 11 sen lebih rendah kepada RM3.35 dan Public Bank jatuh lapan sen kepada RM19.72.

Indeks FBM Emas jatuh 27.38 mata kepada 11,767.25, Indeks FBMT 100 merosot 29.18 mata kepada 11,472.11 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 25.66 mata kepada 12,412.32.

Indeks FBM 70 jatuh 32.62 mata kepada 13,626.80, sementara FBM Ace 8.12 mata lebih rendah kepada 5,179.53, Indeks Kewangan merosot 35.80 mata kepada 14,370.08 dan Indeks Perladangan jatuh 1.14 mata kepada 7,860.11.

Indeks Perindustrian jatuh 3.97 mata kepada 3,124.75. - BERNAMA

Berita Harian X