Sabtu, 11 March 2017 | 3:46pm
- Gambar hiasan

Harga minyak susut, Brent AS$76.37 setong

SINGAPURA: Harga minyak susut hari ini, didorong peningkatan aktiviti penggerudian minyak Amerika Syarikat (AS) yang naik ke paras tertinggi sejak Mac 2015, selain peningkatan pengeluaran di Russia yang memberatkan pasaran.

Penganalisis menjangkakan peningkatan output AS adalah permulaan kepada usaha menamatkan pengurangan pengeluaran oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), yang dimulakan sejak 2017 dan pada separuh pertama tahun ini, harga minyak naik dengan ketara.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak, berada pada AS$76.37 setong pada 0010 GMT, susut 9 cents, atau 0.1 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS jatuh 12 cents, atau 0.2 peratus, pada AS$65.62 setong.

Harga terjejas oleh kenaikan jumlah penggerudian bagi pengeluaran minyak baharu di AS, yang merekodkan paras tertinggi sejak Mac 2015 pada 862, menurut firma perkhidmatan tenaga, Baker Hughes pada Jumaat.

-REUTERS

Berita Harian X