Jumaat, 9 Jun 2017 | 10:08am

Harga minyak terus jatuh

SINGAPURA: Harga minyak meneruskan kemerosotan hari ini, menambah kejatuhan sejak dari awal minggu ini peningkatan bekalan berterusan.

Kejatuhan itu, di sebalik usaha mengehadkan pengeluaran dalam pasaran dijalankan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan sebanyak AS$47.67 setong pada 0039 GMT, susut 19 cents, atau 0.4 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Ia meletakkan Brent 12 peratus di bawah paras pembukaannya pada 25 Mei, apabila dasar yang dipimpin OPEC untuk mengurangkan pengeluaran minyak diperluaskan untuk suku pertama 2018.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS pada AS$45.44 setong, jatuh 20 cents, atau 0.44 peratus, berbanding penutup sebelumnya.

Ia jatuh lebih 11 peratus daripada 25 Mei.

Lambakan bahan api semasa menyebabkan harga berada di bawah tekanan di sebalik ikrar OPEC dan pengeluar lain untuk mengurangkan hampir 1.8 juta tong sehari (bpd) output. - Reuters

Berita Harian X