Rabu, 14 Jun 2017 | 9:08pm

Saham KL ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini mendapat sokongan daripada belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui saham berkaitan Genting dan CIMB.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.91 mata untuk ditutup kepada 1,792.35 daripada 1,784.44 pada Selasa.

Indeks utama itu yang dibuka 4.89 mata lebih tinggi kepada 1,789.33, bergerak antara paras 1,786.92 dan 1,793.07 sepanjang hari dagangan.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 483 berbanding 381, dengan 398 kaunter tidak berubah, 541 kaunter tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 1.95 bilion unit bernilai RM2.49 bilion daripada 2.05 bilion unit bernilai RM2.57 bilion.

Genting Malaysia meningkat 22 sen kepada RM5.85, CIMB naik 12 sen kepada RM6.73 dan Genting melonjak 21 sen kepada RM9.86.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, Maybank meningkat empat sen kepada RM9.61, Public Bank naik dua sen kepada RM20.40, Sime Darby menambah satu sen kepada RM9.62 dan TNB tidak berubah pada RM14.38.

Saham yang diniagakan cergas termasuklah Dagang Nexchange yang naik dua sen kepada 60.5 sen, Nexgram Holdings meningkat setengah sen kepada lima sen, Priceworth International tidak berubah pada 27 sen dan Anzo Holdings susut 1.5 sen kepada 21.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 53.29 mata kepada 12,783.58, Indeks FBMT100 naik 54.06 mata kepada 12,422.93, manakala Indeks FBM Emas Shariah menokok 4.28 mata kepada 12,983.4. FBM 70 meningkat 63.65 mata kepada 15,264.49 dan FBM Ace naik 17.37 mata kepada 6,370.14.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 87.79 mata kepada 16,879.34, Indeks Perladangan susut 6.29 mata kepada 7,931.1, manakala Indeks Perusahaan meningkat 0.12 mata kepada 3,289.86.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik sedikit kepada 1.38 bilion unit bernilai RM2.38 bilion daripada 1.35 bilion unit bernilai RM2.43 pada Selasa. Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 379.45 juta unit bernilai RM80.26 juta daripada 475.75 juta unit bernilai RM113.99 juta sebelumnya.

Waran turun kepada 179.08 juta unit bernilai RM19.83 juta daripada 209.13 juta unit bernilai RM21.07 juta semalam.

Barangan pengguna menyumbang 99.71 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (372.11 juta), pembinaan (109.18 juta), perdagangan dan perkhidmatan (475.30 juta), teknologi (40.95 juta), prasarana (10.05 juta), SPAC (700,000), kewangan (94.05 juta), hotel (990,200), hartanah (137.88 juta), perladangan (24.45 juta), perlombongan (0), REITs (11.36 juta) dan dana tertutup (29,000). -- BERNAMA

Berita Harian X