Khamis, 15 Jun 2017 | 6:46pm

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih dan saham bermodal kecil, kata peniaga.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.34 mata untuk ditutup kepada 1,790.01 berbanding 1,792.35 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks utama, yang dibuka tinggi 0.6 mata kepada 1,792.95, bergerak antara 1,788.27 dan 1,795.01 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 541 berbanding 346, dengan 388 kaunter tidak berubah, 526 kaunter tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 1.98 bilion unit bernilai RM2.26 bilion daripada 1.95 bilion unit bernilai RM2.49 bilion pada Rabu.

Peniaga memberitahu Bernama, momentum belian pada hari ini bercampur-campur susulan pelabur memberi tindak balas kepada kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan baru-baru ini, selain penurunan harga minyak mentah dunia, yang memberi kesan kepada sentimen mengenai ekuiti.

Bagi saham wajaran tinggi, Public Bank berkurangan dua sen kepada RM20.38, Sime Darby merosot satu sen kepada RM9.61, Petronas Chemicals susut enam sen kepada RM7.16 dan Maxis turun tujuh sen kepada RM6.01.

Antara saham wajaran tinggi yang lain, Maybank naik tiga sen kepada RM9.64, TNB meningkat empat sen kepada RM14.42, manakala IHH Healthcare dan Hong Leong Bank, masing-masing tidak berubah pada RM6.00 dan RM15.40.

Saham aktif termasuklah Iskandar Waterfront City yang menambah tujuh sen kepada RM1.66, Felda Global Ventures menokok enam sen kepada RM1.80 dan CIMB naik tiga sen kepada RM6.76.

Indeks FBM Emas merosot 26.26 mata kepada 12,757.32, Indeks FBMT100 susut 25.35 mata kepada 12,397.57, manakala Indeks FBM Emas Syariah turun 23.25 mata kepada 12,960.15. FBM 70 berkurangan 65.57 mata kepada 15,198.92 dan FBM Ace jatuh 27.87 mata kepada 6,342.27.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 4.42 mata kepada 16,874.92, Indeks Perladangan merosot 2.52 mata kepada 7,928.58, manakala Indeks Perusahaan turun 2.55 mata kepada 3,287.31.

Jumlah dagangan Pasaran Utama tidak berubah pada 1.38 bilion unit bernilai RM2.14 bilion berbanding 1.38 bilion unit bernilai RM2.38 bilion dicatatkan pada Rabu.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 297.72 juta unit bernilai RM81.04 juta daripada 379.45 juta unit bernilai RM80.26 juta pada Rabu.

Waran meningkat kepada 283.9 juta unit bernilai RM30.18 juta daripada 179.08 juta unit bernilai RM19.83 juta semalam.

Barangan pengguna menyumbang 63.5 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (388.16 juta), pembinaan (88.34 juta), perdagangan dan perkhidmatan (464.62 juta), teknologi (68.43 juta), infrastruktur (11.83 juta), SPAC (3.4 juta), kewangan (74.06 juta), hotel (415,000), hartanah (175.3 juta), perladangan (38.9 juta), perlombongan (53,100), REITs (9.06 juta) dan dana tertutup (35,200).

- BERNAMA

Berita Harian X