Isnin, 16 Februari 2015 | 10:33am

Ringgit dibuka tinggi dengan minat belian baharu

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka agak tinggi berbanding dolar AS hari ini didorong minat belian baharu lantaran data pertumbuhan ekonomi yang mantap pada suku keempat 2014.

Pada jam 9.10 pagi, unit tempatan itu disebut harga pada 3.5590/5610 berbanding penutupan dolar AS itu pada Jumaat 3.5780/5810.

Seorang peniaga berkata 5.8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku keempat dan 6.0 peratus pada tahun 2014 adalah lebih daripada jangkaan sekali gus menyemarakkan keyakinan terhadap ringgit.

Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Berbanding dolar Singapura, ringgit naik kepada 2.6271/6306 daripada 2.6371/6397 sebelumnya dan naik kepada 2.9986/3.0015 daripada 3.0087/0115 berbanding yen minggu lalu.

Ringgit juga naik berbanding pound kepada 5.4866/4911 daripada 5.5048/5108 pada Jumaat dan naik berbanding euro kepada 4.0594/0620 daripada 4.0879/0917 Jumaat lalu. - BERNAMA

Berita Harian X