Khamis, 5 March 2015 | 6:54pm

Jualan berterusan saham wajaran tinggi turunkan Bursa

KUALA LUMPUR: Penjualan berterusan di kebanyakan kaunter saham wajaran tinggi menarik turun Bursa Malaysia untuk ditutup rendah hari ini, kata para peniaga.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berakhir 19.45 mata lebih rendah pada 1,806.09, setelah turun naik antara 1,805.80 dan 1,819.67 sepanjang hari.

CIMB dan SapuraKencana mendahului saham rugi, masing-masing turun 21 sen dan 19 sen kepada RM5.72 dan RM2.45, menjadikan indeks penanda aras merosot sebanyak 5.08 mata.

Di peringkat serantau, seorang peniaga berkata pasaran saham Asia didagangkan kebanyakannya rendah, dipengaruhi oleh pengumuman China untuk menurunkan sasaran pertumbuhan ekonomi.

Di pasaran dalam negara, saham rugi mengatasi untung sebanyak 345 berbanding 473 dengan 308 kaunter tidak berubah, 636 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 2.14 bilion saham bernilai RM2.38 bilion, berbanding 2.12 bilion saham bernilai RM2.16 bilion yang diniagakan pada Rabu.

Indeks FBM Emas susut 109.49 mata kepada 12,429.39, Indeks FBMT100 turun 114.66 mata kepada 12,113.45 manakala FBM Ace merosot 41 mata kepada 6,582.28.

Indeks Syariah FBM Emas turun 66.22 mata kepada 13,035.18 manakala FBM 70 berkurangan 63.21 mata kepada 13,399.28.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan susut 10.82 mata kepada 3,317.16, Indeks Perladangan turun 53.98 mata kepada 7,934.46 manakala Indeks Kewangan berkurangan 175.02 mata kepada 15,928.43.

Bagi saham yang aktif diniagakan, Ingenuity Consolidated menambah satu sen kepada lapan sen, Perisai Petroleum naik 1.5 sen kepada 63 sen, KN Group meningkat 3.5 sen kepada 73 sen, manakala Wintoni menokok setengah sen kepada 26 sen. Bagi saham wajaran tinggi, Maybank susut tujuh sen kepada RM9.21, TNB turun lapan sen kepada RM14.64, Public Bank merosot 20 sen kepada RM18.62 manakala Axiata kekal pada RM 7.13.

Jumlah dagangan pasaran utama meningkat kepada 1.35 bilion unit bernilai RM2.26 bilion, berbanding 1.15 bilion unit bernilai RM2.01 bilion yang dicatatkan pada Rabu.

Di Pasaran ACE jumlah dagangan berkurangan kepada 670.82 juta saham bernilai RM99.73 juta, daripada 878.93 juta saham bernilai RM132.06 juta yang dicatatkan semalam. Waran naik kepada 114.64 juta unit bernilai RM22.79 juta, berbanding 85.64 juta unit bernilai RM16.08 juta yang didagangkan pada Rabu.

Barangan pengguna menguasai 113.75 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (230.40 juta), pembinaan (50.07 juta), dagangan dan perkhidmatan (651.96 juta), teknologi (78.46 juta), infrastruktur (14.38 juta), SPAC (12.72 juta), kewangan (95.79 juta), hotel (4.49 juta), hartanah (74.59 juta), perladangan (18.65 juta), perlombongan (7,000), REIT (6.29 juta) dan tertutup/dana (9,600). - BERNAMA

Berita Harian X