Sabtu, 7 March 2015 | 12:05am

Penne udang

JUNIOR sous Chef Seri Hotel Pacific, Zulkifli Ahmad menunjukkan pasta penne udang. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
JUNIOR sous Chef Seri Hotel Pacific, Zulkifli Ahmad menunjukkan pasta penne udang. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

PASTA dan udang memang serasi digandingkan dalam menu masakan Itali. Lebih lazat dimakan ketika hidangan ini masih panas.

   Pasta, sejenis makanan yang diperbuat daripada adunan tepung gandum tanpa ragi dan menggunakan gandum yang memiliki khasiat cukup tinggi.

   Kandungan yang mengandungi gluten ini akan mengeluarkan warna kuning yang memudahkan adunan menyerap cepat dengan air.

   Ia diberi nama pasta yang bermaksud adunan dalam bahasa Yunani.

PASTA penne udang. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
PASTA penne udang. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Menu sihat

Chef Junior sous, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, Zulkifli Ahmad, berkata bagi penggemar makanan laut, boleh meletakkan sotong selain udang.

Katanya, hidangan ini tidak terlalu pedas dan sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga.

Bagi yang mengamalkan diet atau gemarkan menu sihat, hidangan ini paling sesuai dinikmati. Lazimnya, pasta juga adalah makanan pilihan menggantikan nasi bagi mereka yang ingin menjaga berat badan.

Mengadunkan pasta dengan makanan rendah kalori, tinggi serat atau protein akan melambatkan proses pencernaan, sekali gus memungkinkan untuk tetap kenyang lebih lama.

Penne udang

(Hidangan seorang)

PASTA penne udang. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
PASTA penne udang. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Bahan-bahan

Minyak zaitun 20 gram (gm)

Bawang merah 20gm

Bawang putih 3gm

Pasta penne (direbus dahulu) 70gm

Udang (dibuang kulit) 160gm

Cili benggala merah 20gm

Cili benggala hijau dipotong dadu 20gm

Cili benggala kuning 20gm

Tomato 10gm

Krim pekat 100ml

Garam dan lada sulah 2gm

Keju parmesan 30gm

Parsli (hiasan)

Cara-caranya:-

1. Panaskan minyak zaitun. Masukkan bawang merah, bawang putih.

2. Masukkan sayuran yang dipotong dadu.

3. Masukkan udang dan krim keju yang sudah dipekatkan.

4. Masukkan pasta dan gaul rata.

5. Masukkan garam dan lada sulah, keju parmesan, daun parsli dan tomato.

6. Pasta udang siap dihidang.

Penghargaan: Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X