Khamis, 30 April 2015 | 8:19pm

Bursa Malaysia susut berikutan pengambilan untung

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini untuk empat hari berturut-turut berikutan pengambilan untung menjelang hujung minggu yang panjang, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 24.66 mata kepada 1,818.27 selepas turun naik antara 1,818.27 dan 1,841.06 sepanjang sesi dagangan.

Bursa tempatan akan ditutup pada Jumaat dan Isnin depan sempena cuti Hari Pekerja dan Hari Wesak.

Indeks Kewangan turun 159.59 mata kepada 16,113.78, Indeks Perladangan merosot 68.99 mata kepada 7,595.52 dan Indeks Perusahaan susut 38.00 mata kepada 3,363.50.

Indeks FBM Emas jatuh 124.62 mata kepada 12,539.04, Indeks FBMT100 berkurangan 134.13 mata kepada 12,220.51 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 110.53 mata kepada 13,073.91.

FBM Ace susut 37.48 mata kepada 6,988.01 dan FBM 70 merosot 28.54 mata kepada 13,615.70.

Terdapat 422 kaunter untung dan 372 kaunter rugi, dengan 329 kaunter tidak berubah, 695 kaunter tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 1.52 bilion saham bernilai RM2.17 bilion daripada 1.59 bilion saham bernilai RM1.9 bilion pada Rabu.

Dalam kalangan saham cergas, DGB Asia susut 1.5 sen kepada sembilan sen, Frontken jatuh satu sen kepada 26.5 sen, Bioaplha turun 2.5 sen kepada 37 sen dan Vsolar tidak berubah pada 25.5 sen.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank jatuh sembilan sen kepada RM9.21, TNB turun 10 sen kepada RM14.36, Public Bank merosot sebanyak 22 sen kepada RM19.48 dan Axiata susut sembilan sen kepada RM6.74.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 914.37 juta unit bernilai RM2.05 bilion daripada 945.81 juta unit bernilai RM1.74 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE jatuh kepada 501.92 juta saham bernilai RM110.22 juta berbanding 564.17 juta saham bernilai RM138.86 juta semalam.

Waran meningkat kepada 98.75 juta unit bernilai RM14.52 juta berbanding 74.17 juta unit bernilai RM13.54 juta pada Rabu.

Barangan pengguna menyumbang 55.57 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (219.32 juta), pembinaan (59.68 juta), perdagangan dan perkhidmatan (367.90 juta), teknologi (50.65 juta), infrastruktur (22.32 juta), SPAC (6.41 juta), kewangan (59.24 juta), hotel (1.28 juta), hartanah (51.97 juta), perladangan (13.53 juta), perlombongan (59,000), REIT (6.44 juta) dan dana tertutup (0).

- BERNAMA

Berita Harian X