Jumaat, 5 Jun 2015 | 3:20pm
ANGGOTA jurupandu Gunung Kinabalu bergerak dari pondok Timpohon untuk ke Laban Rata untuk menjalankan kerja menyelamat pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu. - Foto Edmund Samunting

Gempa bumi Sabah: 87 anggota sertai misi bantuan

ANGGOTA jurupandu Gunung Kinabalu bergerak dari pondok Timpohon untuk ke Laban Rata untuk menjalankan kerja menyelamat pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu. - Foto Edmund Samunting
ANGGOTA jurupandu Gunung Kinabalu bergerak dari pondok Timpohon untuk ke Laban Rata untuk menjalankan kerja menyelamat pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu. - Foto Edmund Samunting

RANAU: Seramai 87 anggota bantuan terdiri daripada 10 Renjer Taman-Taman Sabah, 74 malim gunung dan tiga orang Mountain Torq, selain enam anggota bomba dikerahkan ke puncak gunung setakat ini.

Mereka bertolak secara berkumpulan bermula jam 1.40 tengah hari tadi untuk memberikan bantuan kepada pendaki yang terkandas di puncak gunung.

Setakat jam 3 petang tadi seramai 52 pendaki sudah turun, manakala dilaporkan 137 orang lagi masih terkandas di kawasan puncak.

Berita Harian X