Sabtu, 6 Jun 2015 | 12:02am
BAHAN yang diperlukan untuk membuat makanan laut goreng ala barat. - Foto Aziah Azmee
BAHAN yang diperlukan untuk membuat makanan laut goreng ala barat. - Foto Aziah Azmee

Makanan laut goreng ala Barat

RAMAI suri rumah dan wanita bekerjaya runsing memikirkan apakah resipi yang ingin dimasak buat keluarga tersayang.

Setiap hari masak menu yang sama agak membosankan dan begitu juga apabila makan di luar, kadangkala tidak tahu apa hidangan ingin dipesan.

Sebenarnya, barangan basah yang terdapat di dalam peti ais anda boleh menghasilkan pelbagai menu menarik, ringkas dan menyelerakan. Makanan laut umpamanya bukan setakat enak di masak seperti lauk berkuah, tetapi sebenarnya ia boleh dimasak ala barat.

Sesekali mengubah selera keluarga apa salahnya, daripada asyik menikmati nasi sebagai hidangan utama. Kali ini, anda boleh mencuba resipi makanan laut goreng ala barat.

Bagi yang menggemari makanan laut, harus mencubanya kerana ia mudah dan ringkas disediakan. Untuk menyediakan hidangan ini, anda boleh gunakan apa saja bahan makanan laut digemari, terpulang mengikut selera masing-masing.

Hasil laut juga ada kelebihannya dan memberikan manfaat kepada kesihatan. Misalnya, kekapis dan kerang boleh menyumbangkan zat besi bagi membantu mengatasi masalah badan yang sering lesu.

Begitu juga udang, selain antara hasil laut yang lazat, ia juga ada beberapa khasiat tersendiri. Walaupun kandungan kolesterol udang cukup tinggi, penelitian menunjukkan, hasil laut ini tidak menaikkan kadar kolesterol secara keseluruhan.

Sama seperti ikan, udang juga mengandungi Omega-3. Penelitian menunjukkan, Omega-3 dapat memberikan perlindungan kuat terhadap kemurungan dan dapat membantu meningkatkan mood untuk mereka yang menderita gangguan psikologi seumpama itu. Selain itu, Omega-3 dapat meningkatkan kecerdasan otak.

Bagaimanapun, untuk penjagaan kesihatan yang baik, setiap pengambilan makanan laut biarlah berpada-pada. Jangan ambil terlalu banyak dan kerap kerana apabila berlebih-lebihan, pastinya boleh mengundang risiko.

Untuk resipi minggu ini, selera dicipta memang ala barat, tetapi ia tetap mengekalkan rasa ketimuran apabila bahan-bahan seperti daun limau purut dan kunyit disertakan sekali. Hanya mengambil masa 10 minit saja, boleh dihidangkan. Anak kecil juga boleh menikmatinya.

MI Rebus Killiney. - Foto Adi Safri
MI Rebus Killiney. - Foto Adi Safri

Makanan laut goreng ala barat

gn4id:7633182

Bahan-bahan

  • Kekapis
  • Kupang
  • Udang
  • Ikan
  • Ketam
  • Lada sulah secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • Serbuk roti
  • Daun kunyit (dihiris halus)
  • Daun limau purut (dihiris halus)
  • Telur sebiji
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan lemon
  • Sos

Cara penyediaan

1. Perapkan kekapis, kupang, udang, ikan dan ketam dengan lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa. Biarkan sebentar.

2. Lumurkan dengan jus lemon.

3. Salutkan bahan diperap itu dengan tepung gandum.

4. Kemudian celupkan satu persatu dengan telur, diikuti serbuk roti yang digaul bersama hirisan daun limau purut dan kunyit. Biarkan sebentar.

5. Goreng dalam minyak panas selama tujuh minit.

6. Hias ikut pilihan anda dengan sos.

MI Rebus Killiney. - Foto Adi Safri
MI Rebus Killiney. - Foto Adi Safri

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X