Ahad, 7 Jun 2015 | 7:09pm

45 maut dalam serangan udara di Sanaa

SANAA: Sekurang-kurangnya 45 orang, termasuk 20 orang awam, terbunuh dalam serangan udara pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi terhadap ibu pejabat pemberontak Yaman.

Sumber pasukan perubatan berkata, selain orang awam, 25 anggota tentera turut terbunuh dalam serangan itu.

Ibu pejabat pemberontak Yaman berada di kawasan perumahan Tahrir, Sanaa.

Serangan turut mengakibatkan lima rumah musnah manakala banyak lagi rosak.

Agensi berita Saba yang dikuasai pemberontak pula melaporkan 44 orang terbunuh dan manakala lebih daripada 100 orang termasuk wanita dan kanak-kanak cedera. - AFP

Berita Harian X