Isnin, 16 Disember 2019 | 1:42pm

Kesenian 'gnawa' Maghribi berakar budaya Afrika, amalan sufi

ESSAOUIRA, Maghribi: Dalam kemeriahan warna-warni, akrobatik dan paluan gendang, seniman gnawa Maghribi meraikan penyenaraian seni tradisi mereka dalam Warisan Kebudayaan Tidak Ketara UNESCO.

Kumpulan seniman mengenakan pakaian tradisional mengadakan perarakan di kota kubu putih-biru Essaouira di selatan Maghribi, manakala alunan kecapi dan kastanet besi memeriahkan jalan raya.

Mahaguru Gnawa, Mokhtar Gania, berkata matlamat mereka adalah untuk menawarkan muzik itu kepada masyarakat dunia.

Kumpulan tradisional gnawa membuat persembahan di Essaouira untuk meraikan penyenaraian keseniaan gnawa dalam senarai Warisan Kebudayaan Tidak Ketara UNESCO. - Foto AFP/Fadel Senna

Kebudayaan gnawa ialah amalan berusia berabad-abad yang berakar kepada upacara Afrika, tradisi sufi dan muzik yang dimainkan dengan guenbri, iaitu kecapi yang mempunyai tiga tali dan kastanet besi yang dipanggil krakebs.

Tradisi itu yang juga termasuk penghormatan kepada golongan wali dalam Islam, berasal sekurang-kurangnya dari abad ke-16 menggabungkan budaya Afrika dan Arab-Muslim serta pengaruh Berber.

Bapa kepada Mokhtar seperti juga datuknya, ialah figura penting dalam muzik gnawa yang berasal daripada keturunan bekas hamba dari sub-Sahara Afrika.

Gnawa pernah menjadi irama amalan kerohanian dan kesufian yang diamalkan ahli tarikat tetapi tersebar di seluruh dunia.

Kumpulan tradisional gnawa membuat persembahan di Essaouira untuk meraikan penyenaraian keseniaan gnawa dalam senarai Warisan Kebudayaan Tidak Ketara UNESCO. - Foto AFP/Fadel Senna

Genre itu dipopularkan dalam festival dimulakan di Essaouira pada 1997, iaitu kota kubu kecil yang dikelilingi semenanjung berbatu di perairan Atlantik yang turut dikenali sebagai City of the Trade Winds.

Kini kota pelabuhan dengan panorama indah itu, menarik gelombang peminat dari seluruh dunia setiap tahun untuk menyertai Festival Muzik Gnawa dan Dunia.

Festival itu pernah menyaksikan bintang muzik jazz seperti Pat Metheny, Didier Lockwood dan Marcus Miller membuat persembahan bersama-sama mahaguru gnawa terkenal.

Kumpulan tradisional gnawa membuat persembahan di Essaouira untuk meraikan penyenaraian keseniaan gnawa dalam senarai Warisan Kebudayaan Tidak Ketara UNESCO. - Foto AFP/Fadel Senna

Sementara itu, Penerbitnya, Neila Tazi, berkata sebelum festival itu, kebudayaan berkenaan yang sudahpun diiktiraf ramai tokoh besar muzik dunia, tidak mendapat tempat selayaknya dalam imaginasi popular Maghribi.

Bagi Penasihat Raja Mohammed VI yang juga presiden persatuan kebudayaan tempatan, Andre Azoulay, penyenaraian UNESCO itu mengiktiraf komitmen penerokaan Essaouira terhadap komuniti yang sekian lama dipinggirkan.

Kumpulan tradisional gnawa membuat persembahan di Essaouira untuk meraikan penyenaraian keseniaan gnawa dalam senarai Warisan Kebudayaan Tidak Ketara UNESCO. - Foto AFP/Fadel Senna

Penonton, Malaam Seddik El Arch, 68, mendapat keistimewaan untuk menyaksikan evolusi penting itu.

“Hari ini, pemuzik dari seluruh dunia datang ke sini untuk mempelajari guenbri.

“Meskipun berdepan dengan kekangan bahasa, kami berjaya untuk memahami satu sama lain dan membuat persembahan bersama,” katanya.

Kumpulan tradisional gnawa membuat persembahan di Essaouira untuk meraikan penyenaraian keseniaan gnawa dalam senarai Warisan Kebudayaan Tidak Ketara UNESCO. - Foto AFP/Fadel Senna

Mokhtar Gania yang berkongsi pentas dengan Carlos Santana, dalam usaha untuk menerbitkan album dengan Universal Music dan kumpulannya akan menyertai jerayawara.

Begitu juga dengan generasi baharu yang bersedia untuk mengambil alih - termasuk Abdeslam Benaddi, 25 bersama pemuzik muda menubuhkan kumpulan Oussoul Gnaoua yang bermakna asal-usul gnawa.

Mereka pernah menganjurkan Festival Generasi Gnawa, tiga tahun lalu yang menyaksikan kumpulan artis muda membuat persembahan berdasarkan standar gnawa yang menghormati tradisi dan dihakimi mahaguru.

“Bagi setiap orang yang terbabit, adalah penting untuk memulihara budaya ini dan mewariskannya kepada generasi masa depan,” katanya. - AFP

Kumpulan tradisional gnawa membuat persembahan di Essaouira untuk meraikan penyenaraian keseniaan gnawa dalam senarai Warisan Kebudayaan Tidak Ketara UNESCO. - Foto AFP/Fadel Senna

Kumpulan tradisional gnawa membuat persembahan di Essaouira untuk meraikan penyenaraian keseniaan gnawa dalam senarai Warisan Kebudayaan Tidak Ketara UNESCO. - Foto AFP/Fadel Senna

Kumpulan tradisional gnawa membuat persembahan di Essaouira untuk meraikan penyenaraian keseniaan gnawa dalam senarai Warisan Kebudayaan Tidak Ketara UNESCO. - Foto AFP/Fadel Senna

Kumpulan tradisional gnawa membuat persembahan di Essaouira untuk meraikan penyenaraian keseniaan gnawa dalam senarai Warisan Kebudayaan Tidak Ketara UNESCO. - Foto AFP/Fadel Senna

Berita Harian X