Selasa, 15 Ogos 2017 | 6:46am
Penyerang baharu Benfica, Haris Seferovic meraikan gol jaringannya selepas bantu Benfica menewaskan GD Chaves 1-0 pada aksi Liga Portugal, awal pagi tadi. - Foto AFP
Penyerang baharu Benfica, Haris Seferovic meraikan gol jaringannya selepas bantu Benfica menewaskan GD Chaves 1-0 pada aksi Liga Portugal, awal pagi tadi. - Foto AFP

Jaringan lewat Seferovic selamatkan maruah Benfica

LISBON: Juara Portugal, Benfica memerlukan jaringan pada masa tambahan dari pemain baharu, Haris Seferovic untuk menjamin keputusan 1-0 ke atas Chaves di laman lawan pada saingan Liga Portugal, awal pagi tadi.

Penyerang Switzerland itu menyempurnakan hantaran Rafa Silva pada minit ke-92 untuk membantu pasukan kendalian Rui Vitoria meraih kemenangan kedua daripada dua perlawanan dalam kempen baharu mereka.

Seferovic yang diikat kelab itu dari Eintracht Frankfurt, juga meledak gol ketika Benfica meraih kemenangan 3-1 ke atas Braga di laman sendiri, minggu lalu.

Seferovic (tengah) melepaskan rembatan melepasi pemain pertahanan Chaves untuk gol pertama Benfica pada aksi Liga Portugal, awal pagi tadi. - Foto AFP
Seferovic (tengah) melepaskan rembatan melepasi pemain pertahanan Chaves untuk gol pertama Benfica pada aksi Liga Portugal, awal pagi tadi. - Foto AFP

Kemenangan itu meletakkan pasukan kini berkongsi mata maksimum dengan seteru tradisi, Porto dan Sporting selepas dua perlawanan dan juga Rio Ave.

Naib juara musim lalu, Porto menikmati permulaan yang sempurna di bawah jurulatih baharu, Sergio Conceicao.

Mereka meraih dua kemenangan daripada dua perlawanan Ahad lalu dengan jaringan Vincent Aboubakar menjamin kemenangan 1-0 ke atas Tondela.

Sporting pula membuka tirai kempen dengan meraih dua kemenangan meskipun mereka terpaksa berterima kasih kepada jaringan penalti lewat yang disempurnakan penyerang, Bas Dost untuk menewaskan Vitorioa Setubal 1-0 di Lisbon, Jumaat lalu. - AFP

Berita Harian X