Jumaat, 3 April 2020 | 9:02pm
Jet peribadi bernilai RM64 juta yang sering digunakan Messi.
Jet peribadi bernilai RM64 juta yang sering digunakan Messi.

Pesawat peribadi Messi mendarat cemas

LONDON: Jet peribadi bernilai 12 juta pound (RM64 juta) yang sering digunakan Lionel Messi terpaksa membuat pendaratan cemas di lapangan terbang Brussel selepas berdepan kerosakan.

Jet yang menjadi kegemaran bintang Barcelona itu dalam perjalanan ke Tenerife sebelum berdepan masalah dengan gear pendaratan.

Jet itu terlebih dahulu mendarat buat pertama kali di Lapangan Terbang Zaventem di ibu kota Belgium pada 9.18 pagi.

Namun selepas sejam setengah, mereka berlepas kembali pada jam 10.35 pagi sebelum terpaksa berpatah balik ke Brussels dan tiba pada jam 11.18 pagi.

Namun tidak dapat dipastikan siapa yang berada dalam jet terbabit.

Sebagai rekod, Messi yang sering menggunakan jet Gulfstream V itu melakukan beberapa pengubahsuaian untuk menjadikan jet itu seakan milik peribadinya.

Nombor 10 menghiasi ekor jet itu selain nama Messi dan ahli keluarganya iaitu isteri, Antonella dan tiga anaknya - Thiago, Ciro dan Mateo.

Di bahagian dalam, ia memuatkan 16 tempat duduk dan dua bilik air selain bahagian dapur.

Lebih menakjubkan, kerusi terbabit boleh dilipat untuk ditukar kepada lapan katil. - Agensi

Berita Harian X