Rabu, 8 April 2020 | 9:40am
Jose Mourinho berdepan amaran daripada pihak polis selepas dia dilihat mengadakan sesi latihan di taman awam, semalam. - Foto The Sun
Jose Mourinho berdepan amaran daripada pihak polis selepas dia dilihat mengadakan sesi latihan di taman awam, semalam. - Foto The Sun

Mourinho, pemain tak patuh penjarakan sosial

LONDON: Jose Mourinho berdepan amaran daripada pihak polis selepas dia dilihat mengadakan sesi latihan di taman awam, semalam.

Pengurus Tottenham Hotspur itu dilihat mengadakan latihan bersama tiga pemainnya di Hadley Common di Utara London.

Spurs turut memberi amaran kepada pemain bintang mereka agar mematuhi penjarakan sosial yang ditetapkan selepas video yang tersebar di laman sosial menunjukkan mereka mengingkari arahan berkenaan.

"Semua pemain kami sudah diingatkan untuk mematuhi penjarakan sosial yang ditetapkan apabila mengadakan senaman di luar. Kita perlu terus mematuhi arahan berkenaan," kata Spurs menerusi kenyataan dikeluarkan.

Bagaimanapun, Mourinho yang turut memakai jersi latihan rasmi kelab kemungkinan dipanggil pihak polis selepas dia dirakam mengendalikan latihan dengan tiga pemain tanpa mematuhi penjarakan sosial.

Salah seorang pemain yang bersama Mourinho adalah Tanguy Ndombele.

Sebuah lagi video menunjukkan Davinson Sanchez dan Ryan Sessegnon berjoging bersama tanpa mematuhi penjarakan sosial sejauh dua meter yang ditetapkan pihak kerajaan. - Agensi

Berita Harian X