Khamis, 9 April 2020 | 2:17pm
Mane tak sangka Liverpool buat tawaran.
Mane tak sangka Liverpool buat tawaran.

Mane lebih suka sarung jersi United

 

LONDON: Bintang Liverpool, Sadio Mane mendedahkan dia lebih tertarik menyarung jersi Manchester United sebelum perpindahannya ke Anfield pada 2016.

Pemain antarabangsa Senegal itu berpindah ke Anfield daripada Southampton dengan yuran perpindahan bernilai 34 juta pound (RM183 juta), empat tahun lalu dan kini menjadi tonggak utama skuad bimbingan Jurgen Klopp.

Bagaimanapun, Mane mengambil masa yang lama sebelum dia berjaya memikat hati Klopp yang mengakui dalam satu dokumentari 'Made in Senegal'.

Pengendali dari Jerman itu, berkata dia melihat Mane seperti penyanyi rap ketika dia menolak menandatangani pemain itu bagi dibawa masuk ke Borussia Dortmund.

"Ada seorang budak muda duduk di sana dan gaya penampilannya lebih kepada penyanyi rap. Saya fikir saya tidak ada masa untuk perkara seperti ini," kata Klopp.

Dalam pada itu, Mane mengakui dia tidak menjangkakan Liverpool berminat mendapatkan khidmatnya.

Sebaliknya, dia mendedahkan yang dia menunggu peluang dan tawaran untuk beraksi bersama United.

"Tidak," kata Mane ketika ditanya sama ada dia memang menjangkakan Liverpool akan menawarkan kontraknya untuk dirinya. - Agensi

 

 

Berita Harian X