Ahad, 24 Mei 2020 | 7:48am
PEMAIN Borussia Dortmund, Erling Haaland diasak pemain VfL Wolfsburg, Renato Steffen pada aksi pemanas badan.
PEMAIN Borussia Dortmund, Erling Haaland diasak pemain VfL Wolfsburg, Renato Steffen pada aksi pemanas badan.

Dortmund tewaskan Wolfsburg

BERLIN: Borussia Dortmund memanaskan badan bagi saingan teratas liga tengah malam ini Selasa ini berdepan Bayern Munich dengan kemenangan 2-0 di Wolfsburg pada minggu kedua sambungan Bundesliga selepas tergendala akibat COVID-19 awal pagi tadi.

Gol jaringan Raphael Guerreiro dan Achraf Hakimi memastikan kemenangan di stadium tertutup lalu memberikan Dortmund hanya satu mata di belakang pendahulu Bayern.

Selasa ini Dortmund akan menanti kehadiran Bayern.

Jurulatih Dortmund, Lucien Favre berkata kurangnya 'bising' di stadium membantunya memberikan arahan dengan lebih baik.

"Saya rasa ia sesuatu yang positif pemain kini mendengar dengan lebih baik di stadium," kata jurulatih Dortmund dari Switzerland itu.

"Biasanya hanya pemain yang dekat boleh faham apa yang saya perkatakan." - AFP

Berita Harian X