Selasa, 2 Jun 2020 | 9:24am
PEMAIN Liverpool, Virgil van Dijk (kanan) dan Trent Alexander-Arnold memuat naik gambar di twitter dengan ayat “Bersatu memberi kekuatan", diikuti hashtag #BlackLivesMatter.
PEMAIN Liverpool, Virgil van Dijk (kanan) dan Trent Alexander-Arnold memuat naik gambar di twitter dengan ayat “Bersatu memberi kekuatan", diikuti hashtag #BlackLivesMatter.

Bintang Liverpool tunjuk sokongan

LONDON: Pemain Liverpool menunjukkan sokongan terhadap pergerakan Black Lives Matter selepas kematian George Floyd di Amerika Syarikat dengan melutut di Anfield semalam.

Bintang Reds termasuk Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold memuat naik gambar di twitter dengan ayat "Bersatu memberi kekuatan", diikuti hashtag #BlackLivesMatter.

Dijadikan popular oleh pemain NFL, Colin Kaepernick yang melutut ketika pra perlawanan, melutut dengan sebelah kaki menjadi simbol pertarungan dengan ketidakadilan berkaitan perkauman.

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford berkata dia bimbang masyarakat "akan lebih berpecah berbanding sebelumnya" dalam keganasan selepas kematian Floyd di Minneapolis.

Kejadian mengejutkan itu mencetuskan protes dan tunjuk perasaan di bandar seluruh dunia dan mendapat kritikan hebat ikon sukan seperti Michael Jordan dan Lewis Hamilton.

"Pada ketika ini saya meminta orang ramai supaya bersatu, saling bekerjasama dan bersatu, kita seperti lebih berpecah daripada sebelumnya," kata Rashford.

"Orang ramai disakiti dan ia perlukan jawapan." - AFP

Berita Harian X