Selasa, 2 Jun 2020 | 2:24pm
Alan Shearer (gambar kecil) dan Kylian Mbappe.
Alan Shearer (gambar kecil) dan Kylian Mbappe.

Shearer mahu Mbappe ke Newcastle

LONDON: Alan Shearer memberitahu Kylian Mbappe untuk memeriahkan Liga Perdana Inggeris... bersama Newcastle United.

Bakal pemilik baharu kelab Tyneside itu, jutawan Arab Saudi, dijangka melaburkan 200 juta pound (RM1.07 bilion) sekiranya Liga Perdana Inggeris membenarkan pembelian kelab berkenaan pada harga 300 juta pound (RM1.61 bilion).

Jumlah besar mencetus spekulasi dalam kalangan peminat berkenaan pemain bintang mana akan dibawa masuk - dan Shearer menyarankan Mbappe untuk menyarung jersi Newcastle.

Bintang muda PSG itu antara pemain paling diburu ketika ini, dan pemerhati bola sepak meramalkan Newcastle mampu memancing Mbappe dengan sokongan dana dari Saudi.

"Saya mahu Mbappe datang ke sini. Dengan kemahiran, keyakinan pada usia begitu muda, dan gol-gol yang sudah dijaringkan, ia akan memeriahkan Liga Perdana.

"Saya cuma nampak satu kelab sesuai untuknya, sudah tentu ia adalah Newcastle," kata Shearer. - AGENSI

Berita Harian X