X
Rabu, 3 Jun 2020 | 7:35am
BEKAS pemenang Ballon d’Or, Jean-Pierre Papin bimbing kelab divisyen empat Perancis Chartres.
BEKAS pemenang Ballon d’Or, Jean-Pierre Papin bimbing kelab divisyen empat Perancis Chartres.

Papin kembali bimbing pasukan

PARIS: Bekas pemenang Ballon d'Or, Jean-Pierre Papin akan kembali menjadi jurulatih selepas 10 tahun dengan mengendali kelab divisyen empat Perancis Chartres.

Bekas penyerang Perancis berusia 56 tahun itu kali terakhir membimbing Chateauroux pada tahun 2010 selepas seketika bersama Strasbourg dan Lens.

Sepanjang tempoh 10 tahun itu Papin menjadi pengulas bola sepak.

"Dalam bola sepak anda cepat terlupa apa yang berlaku.

"Jika anda berada dalam kelompok itu kemudian anda meninggalkannya, sukar untuk kembali menyertainya," kata Papin.

Papin mencipta nama sebagai penjaring prolifik ketika bersama Marseille, memenangi Ballon d'Or pada tahun 1991.

Dia turut menyarung jersi AC Milan dan Bayern Munich serta menjaringkan 30 gol dalam 54 penampilan antarabangsa untuk Perancis. - AFP

Berita Harian X