Isnin, 13 Julai 2020 | 10:26pm
Polis Portugal menjalankan siasatan selepas anak lelaki Cristiano Ronaldo yang berusia 10 tahun dirakam menaiki jet ski berseorangan.
Polis Portugal menjalankan siasatan selepas anak lelaki Cristiano Ronaldo yang berusia 10 tahun dirakam menaiki jet ski berseorangan.

Polis siasat anak Ronaldo tunggang jet ski

LISBON, Portugal: Polis Portugal menjalankan siasatan selepas anak lelaki Cristiano Ronaldo yang berusia 10 tahun dirakam menaiki jet ski berseorangan.

Ibu saudaranya memuat naik rakaman berkenaan ke media sosial.

Media Portugal mendakwa video terbabit, yang dirakam di Paul do Mar di Madeira Sabtu lalu, di mana Cristiano Ronaldo Jr bercuti bersama saudara maranya, turut dikongsi bapanya dan neneknya Dolores Aveira sebelum dipadamkan.

Ketua polis maritim Guerreiro Cardoso mengesahkan yang siasatan sedang dijalankan.

Menurutnya, lesen sebagai jurumudi diperlukan untuk membawa jet ski dan hanya orang dewasa yang layak memiliki lesen berkenaan.

Rakaman berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi di media sosial. - AGENSI


Berita Harian X