Sabtu, 2 September 2017 | 9:27pm
ATLET luncur air, Aaliyah Yoong Hanifah. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Semakin berisiko, makin seronok

KALAU sekali pandang memang nampak menyeronokkan, namun hakikatnya aktiviti luncur air sama ada acara slalom, trick dan jump adalah salah satu sukan ekstrim yang memang mencabar kekuatan fizikal dan mental penggiatnya.

Mana ke tidaknya jika silap teknik atau kurang mahir seseorang peluncur air mungkin berhadapan dengan pelbagai risiko kecederaan termasuk terseliuh buku lali, lutut, retak tulang belakang dan maut.

Jadi tidak hairan jika hanya mereka yang benar-benar mahir dan terlatih sahaja yang dibenarkan menyertai sukan luncur air terutama bagi acara jump, trick mahu slalom.

Biarpun pernah terseliuh buku lali dan lutut selain sakit belakang akibat bermain luncur air, pemenang tiga pingat di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Aaliyah Yoong Hanifah, 14, mempunyai pandang berbeza mengenai sukan lasak itu.

PEMENANG tiga pingat di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Aaliyah Yoong Hanifah. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Bagi Aaliyah, setiap sukan lasak memang ada risikonya, namun apa yang lebih penting mereka terbabit perlu sentiasa berhati-hati dan mempelajari teknik betul sebelum melakukan aksi lagak ngeri atau akrobatik ketika bermain ski air.

"Saya terpikat dengan sukan ini selepas seronok melihat kakak dan abang tiri saya Philipa dan Alex Yoong berlatih ski air di Tasik Putrajaya, kira-kira 10 tahun lalu.

"Apabila berusia lima tahun saya mula memberanikan diri dengan bermain 'wakeboard' sebelum memberi tumpuan kepada pelbagai acara lain yang lebih mencabar termasuk trick, jump dan slalom.

"Bagi saya semakin berisiko gerakan akrobatik atau lagak ngeri itu maka lebih banyak keseronokan kita peroleh apabila berjaya lakukannya," katanya yang pernah digelar budak emas selepas menang dua emas di Sukan SEA Singapura 2015.

AALIYAH Yoong Hanifah beraksi dalam acara waterski open ladies trick Sukan SEA KL2017 di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

AALIYAH Yoong Hanifah beraksi dalam acara waterski open ladies trick Sukan SEA KL2017 di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Selepas itu, Aaliyah tidak lagi menoleh ke belakang dan terus meningkat kemahiran dan prestasinya sehingga beliau berada di ranking pertama dunia dalam acara bawah 14 tahun (U14) dikeluarkan oleh Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Antarabangsa (IWWF), pada tahun lalu.

Terbaru, Aaliyah menyumbangkan tiga emas kepada kontinjen Sukan SEA Malaysia iaitu menerusi dalam acara overall, jump dan trick serta satu perak (slalom) ski air wanita pada temasya KL2017, minggu lalu.

Kejayaan itu membakar semangat Aaliyah untuk muncul juara dunia dalam acara trick bagi kategori wanita 17 tahun ke bawah dan terbuka, pada masa depan.

AALIYAH Yoong Hanifah beraksi dalam acara waterski open ladies trick Sukan SEA KL2017 di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

AALIYAH Yoong Hanifah beraksi dalam acara waterski open ladies jump Sukan SEA KL2017 di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Profil

Nama: Aaliyah Yoong Hanifah

Umur: 14 tahun

Tarik lahir: 16 Julai 2003

Adik beradik - Anak sulung dari tiga beradik

Bapa - Hanifah Yoong

Ibu - Norzeera Sulaiman

Adik beradik - Aiden Yoong, 11, dan Adam Yoong, 9,

Adik beradik tiri - Alex Yoong (bekas pelumba Formula Satu (F1) Malaysia) dan Philipa Yoong.

Jenis Sukan: Ski Air (acara Overall, Slalom, Tricks dan Jump)

Pencapaian:

2017 - Pingat emas acara Overall Ski Air Wanita, Jump dan Trick serta perak acara Slalom di KL2017

2016 - Kedudukan Ranking IWWF (tahun 2016):

  • Ranking 1 dunia tricks wanita U14;
  • Ranking 6 dunia tricks wanita U-17;
  • Ranking 27 dunia terbuka wanita;
  • Ranking 1 acara Tricks bagi kategori terbuka wanita Asia;
  • Ranking 27 dunia kategori terbuka wanita IWWF;
  • Ranking 5 keseluruhan U14 acara slalom;

2015 - pingat emas acara Overall Ski Air Wanita dan Trick

Berita Harian X