Khamis, 27 Jun 2019 | 3:36pm
TEO Nie Ching (tengah) menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani (dua kiri) pada Majlis Pelancaran Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2019 dan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontijen Malaysia ke Kejohanan Sukan Universiti Dunia 2019 di UNITEN. - Foto Rosela Ismail
TEO Nie Ching (tengah) menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani (dua kiri) pada Majlis Pelancaran Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2019 dan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontijen Malaysia ke Kejohanan Sukan Universiti Dunia 2019 di UNITEN. - Foto Rosela Ismail

Mutu sukan SIPMA terus dipertingkat

KAJANG: Selepas berjaya menganjurkan tujuh edisi Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) sebelum ini, Kementerian Pendidikan komited untuk meneruskan usaha membantu meningkatkan mutu sukan negara dan penganjuran kejohanan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa. 

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata kejayaan gimnas negara, Amy Kwan yang dinobat sebagai Olahragawati Kebangsaan 2018 adalah contoh terbaik di mana atlet yang berada di Institusi Pendidikan mampu meraih pencapaian tertinggi sukan negara selain kejayaan penerjun Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong Pamg yang terpilih sebagai pasukan terbaik wanita pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2018.

"Momentum kejayaan seperti inilah yang perlu kita kekalkan agar matlamat KPM untuk turut sama dalam mencipta kecemerlangan sukan negara dapat diperkukuhkan," katanya pada majlis perasmian SIPMA di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di sini, hari ini.

Katanya edisi kelapan SIPMA yang akan berlangsung 17-24 Ogos ini di IPT sekitar Lembah Klang diharap memberi satu ruang yang sangat luas kepada atlet muda bersaing dalam satu kejohanan sukan yang kompetitif. 

"SIPMA 2019 juga akan menjadi salah satu medan untuk atlet memperlihatkan kebolehan dan potensi mereka untuk bersaing ke satu peringkat yang lebih tinggi," katanya. 

Pada majlis sama,  Nie Ching turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Kejohanan Sukan Universiti Dunia (Universiade) yang akan bermula 3 hingga 14 Julai depan di Napoli, Itali. 

Kontinjen negara dibarisi seramai 57 orang termasuk 35 atlet serta 22 pegawai, dengan sasaran lebih rendah meraih sekurang-kurangnya satu pingat tanpa mengira warna berbanding pencapaian temasya dua tahun lalu di Taiwan apabila membawa pulang tiga pingat perak dan empat gangsa. 

Ketua kontinjen negara ke Universiade, Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani berkata, sasaran itu adalah realistik berdasarkan ketiadaan sukan badminton dan wushu dipertandingkan pada edisi kali ini yang sebelumnya menyumbang pungutan pingat buat negara. 

Kontinjen negara menyaksikan gimnas, Farah ann Abdul Hadi dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang dengan negara hanya akan sertai tujuh jenis sukan berbanding keseluruhan 18 jenis sukan yang dipertandingkan di Napoli. 

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X