Selasa, 20 Ogos 2019 | 12:29am
SETIAUSAHA Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Gazali Abas (tengah) bersalaman dengan kontinjen pada majlis perasmian Temasya Sukan Institut Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2019 di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), hari ini. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

SIPMA buka tirai di Uniten

BANGI: Temasya Sukan Institut Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2019 secara rasminya menyingkap tirai di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dengan penuh gilang-gemilang, hari ini.

Majlis pembukaan rasmi yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Gazali Abas cukup bermakna kerana nombor lapan menjadi signifikan utamanya kali ini.

Bukan saja memasuki edisi kelapan penganjurannya, temasya kali ini juga membabitkan penyertaan daripada lapan kontinjen, lapan jenis sukan yang dipertandingkan selain dilangsungkan pada bulan Ogos.

Antara sukan terbabit adalah badminton, olahraga, bola sepak, renang, hoki, skuasy, tenpin boling dan bola jaring yang mana menawarkan sejumlah 93 pingat emas.

Beberapa acara sukan seperti renang, olahraga dan skuasy dijangka berlangsung sengit apabila atlet negara turut bertanding.

Antaranya jaguh renang negara, Welson Sim; Mohd Aqil Yasmin (olahraga), Khairul Hafiz Jantan (olahraga) dan Chan Yi Wen (skuasy).

Sebagai rekod, temasya SIPMA diwujudkan sebagai platform bagi atlet berusia 23 tahun ke bawah mempunyai medan yang amat kompetitif untuk bersaing.

211 dibaca
Berita Harian X