Khamis, 13 Februari 2020 | 2:04pm
Harrif memenangi Peringkat 7 sejauh 130.4 kilometer dari Bagan ke Alor Setar dengan catatan dua jam 53 minit 18 saat. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
Harrif memenangi Peringkat 7 sejauh 130.4 kilometer dari Bagan ke Alor Setar dengan catatan dua jam 53 minit 18 saat. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
Harrif melakar kemenangan keduanya pada edisi ke-25 PETRONAS LTdL 2020, hari ini. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
Harrif melakar kemenangan keduanya pada edisi ke-25 PETRONAS LTdL 2020, hari ini. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

Hariff menang Peringkat 7

ALOR SETAR: Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh melakar kemenangan keduanya pada edisi ke-25 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020, sebentar tadi.

Harrif memenangi Peringkat 7 sejauh 130.4 kilometer (km) dari Bagan ke Alor Setar dengan catatan dua jam 53 minit 18 saat dalam perlumbaan yang menyaksikan penamat beramai-ramai itu.

Tempat kedua menjadi milik Matteo Pelucchi dari pasukan Bardiani CSF Faizane manakala Taj Jones (Ara Pro Racing Sunshine Coast) melengkapkan pentas podium.

Terdahulu, Harrif memenangi Peringkat 5 dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh, Selasa lalu.

Berita Harian X