Sabtu, 23 Mei 2020 | 10:34am
MIKE Tyson sekali lagi membuat kejutan apabila video dia 'bergusti' dengan harimau miliknya mula menjadi perhatian.
MIKE Tyson sekali lagi membuat kejutan apabila video dia 'bergusti' dengan harimau miliknya mula menjadi perhatian.

Tyson biasa 'tinju' harimau

NEW YORK: Mike Tyson sekali lagi membuat kejutan apabila video dia 'bergusti' dengan harimau miliknya mula menjadi perhatian.

Iron Mike memiliki tiga ekor harimau Bengal - dilaporkan berharga £48,000 pound (RM254,815) setiap seekor - dengan haiwan itu menambah kepada status ikon miliknya.

Bekas 'Petinju paling jahat di planet' itu memiliki hubungan baik dengan haiwan eksotik itu hingga boleh membawanya berjalan-jalan dan bermain 'lawan' bersamanya.

Dan video Tyson bergusti dengan harimau Bengal putih, Kenya, kembali muncul selepas dia ditemubual sebagai sebahagian program 'Inside Edition' pada 1996.

Senario mengejutkan itu menunjukkan bekas juara heavyweight itu menunjukkan tindak balas pantas ketika berdepan harimau itu untuk merebut bola keranjang di mulut haiwan itu.

Pertarungan biasa dengan harimau mungkin menerangkan mengapa Tyson pernah menawarkan seorang penjaga zoo £9,000 pound (RM47,777) bagi membolehkan dia berlawan dengan gorilla.

Walaupun Iron Mike baru-baru ini mengakui dia menyesal memiliki tiga harimau dan adalah sesuatu yang salah memikirkan dia boleh menjinakkan haiwan itu kerana ia sememangnya bahaya.- Agensi

Berita Harian X