Ahad, 31 Mei 2020 | 9:46am
Anthony Joshua dan Mike Tyson. - Foto AFP
Anthony Joshua dan Mike Tyson. - Foto AFP

Joshua enggan lawan Iron Mike

LONDON: Anthony Joshua jelas tidak dapat lari daripada nama Tyson.

Bagaimanapun ketika ini, ia bukan hanya membabitkan topik utama menentang Tyson Fury.

Dia juga menjawab persoalan mengenai pertarungan dengan lelaki yang amat dikagumi sepanjang hidupnya selepas Mike Tyson mahu membuat kemunculan semula dalam dunia tinju.

Namun ketika ditanya mengenai kemungkinan bertarung dengan Iron Mike, tiada cakap kosong daripada AJ — hanya rasa hormat.

Diajukan persoalan sama ada dia bersedia ke gelanggang berdepan petinju berusia 53 tahun itu, dia senyum dan berkata: "Dengan semua rasa hormat, saya tidak akan.

"Walaupun saya bertarung dengan Iron Mike dan menewaskannya, saya rasa hanya saya bersorak. Orang lain akan mengejek. Dia adaleh legenda. Dia adalah petinju terhebat dalam era moden.

"Hanya ada dua juara paling dikenali dalam dunia tinju, Ali dan Mike Tyson — muka paling dikenali di dunia jika membabitkan tinju."

Hanya rasa hormat hadir dari mulut bintang British itu yang juga juara heavyweight dunia terhadap Tyson, Wladimir Klitschko, sukan berkenaan malah petinju yang akan dihadapinya, Fury.

AJ, 30, menambah: "Saya melihatnya seperti ini — berapa usia David Beckham, 44, 45?

"Jika anda melihatnya 10 tahun menyepak bola, di seluruh dunia dan menendang bola ke palang dan voli ke sudut gelanggang, orang pasti menyukainya.

"Tapi Mike Tyson ialah seperti mesin pembunuh, dia menumbuk selama 15 saat dan seluruh dunia menjadi gila, ia sesuatu yang normal.

"Ia sesuatu yang Tyson pakar lakukan. Tapi untuknya bertarung... adakah anda akan terkejut jika Beckham kembali? Sudah tentu. Tapi bagi petinju, hanya itu yang mereka tahu." - Agensi

Berita Harian X