Isnin, 1 Jun 2020 | 8:37pm
Reezal Merican (kanan) memperkatakan sesuatu kepada ketua jurulatih badminton, Wong Choong Hann (kiri) ketika meninjau proses pendaftaran peserta program Road To Tokyo di ABM Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto ihsan Kementerian Belia dan Sukan

Peserta program Road To Tokyo menjalani pemeriksaan saringan ketika proses pendaftaran di ABM, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto ihsan Kementerian Belia dan Sukan
Peserta program Road To Tokyo menjalani pemeriksaan saringan ketika proses pendaftaran di ABM, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto ihsan Kementerian Belia dan Sukan

Reezal puas hati proses pendaftaran peserta program RTT

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berpuas hati dengan proses pendaftaran kemasukan pemain, jurulatih dan pegawai pada hari pertama kem latihan pusat program Road to Tokyo (RTT) di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, dekat sini, hari ini.

Katanya, menerusi pemantauan yang dilakukannya, proses pendaftaran berjalan lancar seperti yang dirancang dan tidak berdepan sebarang masalah.

"Jumlah atlet yang melaporkan diri pada hari ini di ABM termasuk jurulatih, pegawai dan pegawai sokongan adalah seramai 38 orang (merangkumi lapan atlet olimpik, satu atlet paralimpik dan sembilan rakan sepelatih)," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan, di sini, petang ini.

Reezal Merican berkata, selain skuad badminton negara yang mula menjalani latihan pusat di ABM, seramai 24 orang termasuk empat atlet dan empat rakan sepelatih mereka turut melaporkan diri di Pusat Latihan Perahu Layar di Langkawi, hari ini.

"Untuk Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil ia hanya akan bermula pada 8 Jun bagi memberikan sedikit ruang dan masa tambahan untuk proses sanitasi dan persiapan asrama dapat dibuat dengan lebih teratur dan komprehensif ekoran penyerahan balik asrama di Casa 1 baru-baru ini," katanya.

Reezal Merican turut memaklumkan, semua yang terbabit dengan kem latihan pusat akan menjalani beberapa proses saringan sebaik melapor diri.

Peserta program Road To Tokyo menjalani pemeriksaan saringan ketika proses pendaftaran di ABM, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto ihsan Kementerian Belia dan Sukan
Peserta program Road To Tokyo menjalani pemeriksaan saringan ketika proses pendaftaran di ABM, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto ihsan Kementerian Belia dan Sukan

Peserta program Road To Tokyo menjalani pemeriksaan saringan ketika proses pendaftaran di ABM, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto ihsan Kementerian Belia dan Sukan
Peserta program Road To Tokyo menjalani pemeriksaan saringan ketika proses pendaftaran di ABM, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto ihsan Kementerian Belia dan Sukan

"Menjalani ujian swab pada hari pertama pendaftaran. Menjalani self kuarantin di bilik asrama dari hari pertama sehingga keputusan ujian diperoleh pada hari kedua atau ketiga selepas ujian.

"Menjalani ujian swab pada hari kelima (Pre Symptom) dan ujian swab hari ke-13 (Non Symptom)," katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan semua atlet RTT dibenarkan untuk kembali menjalani latihan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini.

Kelonggaran khas itu membabitkan 207 individu termasuk 57 atlet bagi persiapan dan sesi latihan untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di Tokyo.

Bagaimanapun, mereka semua perlu mematuhi SOP ketat ditetapkan Kementerian Belia dan Sukan termasuk menggunakan pendekatan kuarantin (quarantine based approach) selama 30 hari bersamaan dua kali tempoh inkubasi.

Berita Harian X