Khamis, 2 April 2020 | 7:44pm

MotoGP Perancis ditunda

PARIS: Perlumbaan MotoGP Perancis yang asalnya dijadualkan 15-17 Mei di Le Mans, ditunda kerana “penularan coronavirus berterusan”, kata penganjur hari ini.

“Ketika situasi masih kekal, tarikh baharu untuk GP Perancis dan Gran Premio Red Bull de Espana yang baru-baru ini ditunda, tidak dapat disahkan sehingga jelas ia boleh diadakan,” kata persekutuan permotoran antarabangsa itu.

Kalendar baharu itu akan diumumkan secepat mungkin tambah kenyataan itu.

MotoGP Perancis adalah acara terbahru menjadi mangsa penularan pandemik itu yang diikuti pembatalan kelas elit MotoGP Qatar.

Tiga pusingan berikutnya dalam kalendar 2020 iaitu di Thailand, Texas dan Argentina juga tidak menentu dengan promoter siri perlumbaan itu, Dorna berharap dapat melangsungkan perlumbaan itu pada separuh kedua tahun ini. - AFP

Berita Harian X