Jumaat, 3 April 2020 | 11:01am
PEMANDU McLaren, Lando Norris mengotakan janjinya apabila membotakkan kepala.
PEMANDU McLaren, Lando Norris mengotakan janjinya apabila membotakkan kepala.

Norris kota janji botakkan kepala

LONDON: Pemandu McLaren, Lando Norris mengotakan janjinya apabila membotakkan kepala sambil disaksikan secara langsung menerusi saluran streaming Twitch dan menggelar gaya rambut baharunya 'Baldo Norris'.

Norris berbuat demikian selepas dia berjaya mengumpul dana sebanyak AS$12,000 (RM52,410) menerusi perlumbaan secara atas talian bagi memerangi pendemik COVID-19.

“Ia tidak sesuai dengan saya, ia memang tak sesuai,” kata pemandu berusia 20 tahun itu yang memiliki rambut kerinting selepas melihat potongan rambut yang dilakukannya sendiri.

Lebih daripada 36,000 penonton yang menghargai usahanya itu melihat secara langsung pelumba itu memotong rambut menggunakan peralatan mencukur elektrik.

Norris yang mempunyai 1.3 juta pengikut di Instagram dan kerap beraksi di pentas esport ketika ketiadaan perlumbaan sebenar yang ditangguhkan susulan COVID-19. - Agensi

 

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  •  

    Berita Harian X