X
Isnin, 6 April 2020 | 9:51pm

Williams rehatkan pekerja, pemandu potong gaji

LONDON: Williams menjadi pasukan Formula Satu (F1) kedua merehatkan kakitangannya kerana pandemik COVID-19 ketika pemandunya, George Russell adan Nicholas Latifi bersetuju memotong gaji mereka sebanyak 20 peratus hari ini.

Musim F1 tahun ini terganggu kerana pandemik itu dan pasukan berpangkalan di Britain itu mengumumkan langkah mengurangkan kos seminggu selepas McLaren mengambil langkah sama.

Pemandu Kanada, Latifi dan Russell dari Britain bersama eksekutif kanan Williams memotong 20 peratus gaji mereka bermula 1 April manakala kakitangan lain mengambil rehat hingga penghujung Mei.

Pemandu McLaren, Carlos Sainz dan Lando Norris secara sukarela memotong gaji mereka minggu lalu.

“Kerana situasi berterusan membabitkan Covid-19, ROKiT Williams Racing secara sementara merehatkan sejumlah pekerja sebagai sebahagian langkah mengurangkan kos,” kata kenyataan Williams.

“Tempoh cuti rehat sehingga penghujung Mei manakala pengurusan kanan dan pemandu kami, menerima pemotongan gaji 20% bermula 1 April.” - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X