X
Isnin, 23 March 2020 | 4:06pm
Jackie Wong ‘gembira’ apabila 48 pegawai, jurulatih dan atlet yang mempunyai kontak rapat dengannya disahkan negatif COVID-19. - Foto NSTP
Jackie Wong ‘gembira’ apabila 48 pegawai, jurulatih dan atlet yang mempunyai kontak rapat dengannya disahkan negatif COVID-19. - Foto NSTP

Jackie gembira rakan negatif COVID-19

KUALA LUMPUR: Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong ‘gembira’ apabila 48 pegawai, jurulatih dan atlet yang mempunyai kontak rapat dengannya disahkan negatif COVID-19.

Dalam entrinya di akaun Instagram, Jackie yang menjadi atlet pertama disahkan positif wabak berkenaan berkata, berita itu amat menceriakan dirinya walaupun masih dikuarantin di Hospital Sibu, Sarawak.

“Berita yang amat menceriakan saya. Seramai 48 pegawai, jurulatih dan atlet yang kontak rapat dengan saya sebelum ini telah disahkan negative COVID-19.

“Dengan ini, saya boleh sahkan bahawa, saya telah dijangkiti COVID-19 selepas saya balik ke kampung (11 Mac 2020) manakala ayah saya disyaki ketika menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Sibu bersama dengan peserta perhimpunan tabligh pada 2 Mac 2020,” katanya di akaun Instagram miliknya.

Pemegang rekod kebangsaan acara baling tukul besi dengan catatan 67.01 meter itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan stabil.

Selain itu, Jackie juga pernah meraih pingat perak di Sukan SEA Filipina, tahun lalu.

Sebelum ini, kesemua 48 individu itu menjalani kuarantin di Majlis Sukan Negara (MSN) selama seminggu sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bagi meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan selepas MSN ditutup kepada orang ramai sehingga 31 Mac ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X