X
Khamis, 26 March 2020 | 8:36am
Legenda tennis, Roger Federer menyumbang lebih daripada sejuta dolar untuk membantu rakan senegaranya di Switzerland yang terjejas teruk susulan krisis coronavirus. - Foto AFP
Legenda tennis, Roger Federer menyumbang lebih daripada sejuta dolar untuk membantu rakan senegaranya di Switzerland yang terjejas teruk susulan krisis coronavirus. - Foto AFP

'Tiada sesiapa pun akan ditinggalkan' - Federer

ZURICH: Legenda tennis, Roger Federer menyumbang lebih daripada sejuta dolar untuk membantu rakan senegaranya di Switzerland yang terjejas teruk susulan krisis coronavirus.

 

Juara 20 kali Grand Slam dan isterinya itu menderma sejuta Swiss Francs (RM4.5 juta) dan menegaskan tiada sesiapa pun di Switzerland yang akan ditinggalkan bagi memerangi pandemik global itu.

 

Menurut laporan rasmi Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), Switzerland muncul negara kesembilan dengan kes jangkitan terbanyak di dunia.

 

Menteri kesihatan Swiss berkata, lebih 8,800 individu didapati positif COVID-19 dan 86 kematian dicatatkan sejak Isnin lalu.

 

“Ini adalah detik mencabar buat semua dan tiada yang sepatutnya ditinggalkan. Saya dan Mirka secara peribadinya membuat keputusan menyumbang sejuta Swiss Francs kepada keluarga yang terjejas teruk di Switzerland,” katanya menerusi laman sosial Instagram.

 

“Sumbangan kami adalah permulaan. Kami harap ramai lagi yang akan menyertai kami dalam membantu keluarga yang memerlukan.

 

“Bersama samalah kita mengatasi krisis ini. Kekal sihat!”

 

-AFP

Berita Harian X