Ahad, 16 Oktober 2016 | 8:38am

3 pasangan ditahan khalwat

SEPASANG kekasih yang dicekup anggota penguatkuasa JAIK kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel bajet di Lencong Barat, di sini awal pagi tadi. - Foto Zuliaty Zulkiffli
SEPASANG kekasih yang dicekup anggota penguatkuasa JAIK kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel bajet di Lencong Barat, di sini awal pagi tadi. - Foto Zuliaty Zulkiffli

ALOR SETAR: Tiga pasangan ditahan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana berkhalwat dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Jalan Lencong Barat, di sini, awal pagi tadi.

Tiga pasangan berusia antara 24 hingga 49 tahun itu masing-masing dicekup berdua-duaan dalam bilik berasingan sehingga menimbulkan syak, ketika pemeriksaan rutin dijalankan di hotel berkenaan bermula jam 12.30 tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bahagian Penguat Kuasa Undang-undang JAIK, Syeikh Mohd Rasydan A Rahman, berkata mereka yang ditahan memberi pelbagai alasan untuk melepaskan diri, termasuk mendakwa mengenali pasangan melalui laman sosial.

"Semuanya dibawa ke Balai Polis Alor Setar untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dihantar ke pejabat agama untuk diambil keterangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya," katanya.

Berita Harian X